🌟 Program Taska-preneur 🌟
selalu terfikir, “Kalaulah aku boleh luangkan lebih banyak masa dengan anak sambil jana pendapatan sendiri…,”?
Ada impian nak buka bisnes sendiri, tapi rasa takut dan tak pasti macam mana nak mula?
Jangan risau, jom kita buat sama-sama dengan Childcare-preneur Coaching Program ni!
Perjalanan Pelayanan Bermula Di Sini!
Siapa Saya?
Saya Alester, seorang Childcare-preneur Coach yang fokus untuk bantu ibu-ibu Kristian membina perniagaan taska berasaskan nilai Kristian. Saya pun pernah ada dilema sama—mau pastikan anak dapat jagaan terbaik tapi dalam masa yang sama, kena fikir tentang kewangan keluarga. Dari situ, saya mulakan bisnes taska sendiri. Walaupun saya akhirnya jual taska tu, minat saya dalam dunia asuhan kanak-kanak tetap membara.
Tahun 2020, masa dunia tengah hadapi pandemik, saya mulakan taska dari rumah sendiri sebab saya nampak betapa susahnya mahu cari taska yang berteraskan nilai Kristian.
Saya tinggalkan kerja korporat dan ambil cuti tanpa gaji semata-mata mahu fokus pada misi ni.
Adakah Ini Anda?
Sis seorang ibu Kristian yang sangat sayangkan keluarga dan mahu lebih masa bersama anak.
Sis ada impian mahu berniaga, tapi tak tahu mahu mula dari mana.
Sis dah banyak belajar sendiri atau hadir training, tapi tak ada masa dan sumber untuk realisasikan apa yang dipelajari.
Rasa takut, rendah diri, dan kurang keyakinan buatkan sis terus tangguhkan impian.
Apa Saya Boleh Bantu?
Saya akan bimbing sis step by step untuk mulakan bisnes taska dalam masa 7 bulan:
✅ Tetapkan visi & nilai taska sis
✅ Bina Bisnes plan taska menggunakan Business Model Canvas (BMC)
✅ Rangka kurikulum yang sesuai
✅ Urus keperluan bisnes & logistik
✅ Strategi pemasaran untuk tarik pelanggan
✅ Bina hubungan baik dengan ibu bapa
Sis Tak Perlu Buat Semua Seorang Diri!
Saya tahu , mulakan sesuatu yang baru ni tidak mudah. Tapi, sis tidak perlu buat sorang-sorang! Saya ada di sini sebagai mentor dan coach untuk pastikan sis dapat sokongan sepanjang perjalanan. Dengan bimbingan saya dan kesungguhan sis, kita boleh realisasikan impian sis bersama.
Kenapa Sekarang?
Masa tak menunggu kita. Jangan biarkan masa berlalu tanpa buat sesuatu untuk impian sis. Ini peluang untuk bina bisnes yang bukan sahaja menyokong keluarga sendiri, tapi juga memberi manfaat kepada ibu-ibu lain dan anak-anak yang memerlukan.
Apa Yang Sis Akan Dapat?
Coaching ni bukan sekadar teori, tapi pendekatan learning by doing dan hybrid—ada sesi personal coaching dan sokongan dari komuniti ibu-ibu lain yang mempunyai matlamat sama. Jadi, sis dapat ilmu, bimbingan, dan juga sistem sokongan.
Langkah Pertama Ke Arah Impian Sis:
1️⃣ Tetapkan visi & matlamat peribadi
2️⃣ Join sesi pengenalan program
3️⃣ Percaya bahawa perniagaan adalah satu pelayanan
🌿 Masa Depan Anak & Keluarga Ada Dalam Tangan Sis! 🌿
Sis tak perlu tunggu lagi. Mulakan langkah pertama sekarang untuk bina bisnes taska impian dan dapatkan kebebasan masa serta kewangan yang sis mahukan. Jom sertai Childcare-preneur Coaching Program hari ini!